Thursday 15 September 2022

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Rakyat Malaysia Pengotor | Gagal Kitar Semula

 

Alhamdulillah, masyaallah lama benar rasanya tidak kemaskini blog ditambah pula dunia dilanda wabak koronavirus (Covid-19) dan pada tarikh 18 Mac 2020 pula Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia di bawah Akta Pencejagahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Dan pada tahun 2022 ini, aku akan cuba aktif lagi menaip blog setelah aku terasa gian hendak menaip disebabkan aku sudah bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa membuat apa-apa bisnes pun dan itu sebab lah aku aktif ke dalam blog semula agar boleh melepaskan gian menaip panjang.

Lama sangat tidak posting, tajuk pun bikin kontroversi kan?!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1UjqFm12IUxfEFYpfgwGSSc9p5ttWKwn8

Bukan apa, semakin maju negara dengan teknologi semakin mundur pemikiran rakyat Malaysia yang masih tidak prihatin dengan cuma memasukkan sampah ke dalam tong sampah sahaja pun! Bukan susah sangat sampaikan kawasan awam seperti Taman Rekreasi dan Taman Permainan Kanak-Kanak pun banyak sampah sarap yang bersepah tidak dibuang walaupun terdapat banyak tong-tong yang disediakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gx-qkSoM6LNX-s8En91whwmGrwV1vfOz

Pernah sekali kejadian depan mata aku, seorang budak sekolah agama membuang pelitup muka(mask) di atas jalan sebaik sahaja keluar daripada pagar sekolah sedangkan budak itu boleh sahaja buang ke dalam tong sampah di dalam kelas atau sekolahnya ataupun di rumah sendiri sejurus pulang daripada persekolahan sebab waktu yang sama aku juga sedang menjemput anak aku balik dari sekolah.

 Perbuatan budak itu amatlah tidak bermoral dan siapa yang patut bertanggungjawab akan kesilapan budak itu? Ibubapa ataupun sekolah?? Dan sekadar makluman posting ini bukan bertujuan untuk cari kesalahan sesiapa tetapi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1R5xcQjGgZsHgbNsncGeymeYNcQDRd2Dr

Jika di hospital dan klinik, sampah pelitup muka adalah kategori sisa buangan klinikal kerana mengandungi cecair badan daripada rongga mulut dan hidung serta akan dilupuskan secara khusus oleh syarikat berlesen seperti tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Tapi sekarang aku mengambil inisiatif menggunakan pelitup muka yang boleh dibasuh. Ia bukan sekadar menjimatkan malah dapat menyelamatkan bumi kerana pelitup muka yang mengandungi mikrofiber mengambil masa hampir 450 tahun untuk didegradasikan secara semula jadi.

Belum lagi pasal pengasingan sampah di rumah, semestinya rakyat Malaysia GAGAL melakukan tanggungjawab ini dan tiada penguatkuasa yang mengambil tindakan jadi sememangnya tidak akan ada perubahan yang besar jika sekadar segelintir pihak sahaja yang berusaha untuk melaksanakan kitar semula sampah dan yang lain mementingkan diri sendiri serta malas untuk cakna pasal sampah kerana..

Rakyat Malaysia Semakin Selesa Dengan Sampah Sarap!