Thursday 2 October 2014

Laktasi Dan Galaktagog Atau 'MILK BOOSTER'


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah...sehingga hari ini aku masih lagi dapat menyusukan anak kedua yang sudah berumur lebih dua bulan berbanding anak pertama aku yang sudah berhenti menyusu badan semasa umur lebih kurang sama dengan adiknya. Disebabkan aku nekad dari sebelum bersalin lagi untuk menyusukan anak kedua aku sampai umur dia mencecah 2 tahun.

Berkat kerajinan aku mencari sumber bacaan untuk menjayakan penyusuan, akhirnya membuahkan hasil sehingga aku dapat buat stok susu 'exclusive breastmilk' (ebm) untuk anak kedua aku. Dan oleh sebab itu aku berbesar hati ingin berkongsi sikit sama sikit ilmu penyusuan ini kepada semua bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang mahu dan bercita-cita ingin menyusukan anak hingga berumur 2 tahun.

Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT :
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap..."
Surah Al-Baqarah ayat 2:233



LAKTASI-LACTATION

Laktasi ialah apabila rembesan susu dari kelenjar susu keluar ke payudara dan terus diberikan kepada anak dengan cara memberikan anak menghisap payudara dan ini dipanggil penyusuan.
Proses ini berlaku secara semulajadi kepada semua ibu yang mengandung dan melahirkan anak.
Galactopoiesis adalah penyelenggaraan pengeluaran susu.Peringkat ini memerlukan prolactin dan oxytocin.

>>>Fungsi Penyusuan<<<
Fungsi utama penyusuan adalah untuk menyediakan pemakanan dan perlindungan imun kepada bayi selepas kelahiran.Penyusuan juga mendorong tempoh kemandulan, yang berfungsi untuk memberikan jarak kelahiran yang optimum.Bagi yang cesarean wajib ambil kaedah kawalan kelahiran mengikut pilihan korang samada berbentuk pil, suntikan, dan alatan.

>>>Permulaan Penyusuan<<<
Dari minggu ke-24 kehamilan (trimester kedua dan ketiga) tubuh wanita menghasilkan hormon yang merangsang pertumbuhan sistem saluran susu didalam payudara.Antara hormon-hormon itu ialah:-

1-Progesteron mempengaruhi pertumbuhan dalam saiz alveoli.Tahap progesteron menghalang penyusuan sebelum kelahiran.Apabila paras progesteron menurun maka bermulanya pengeluaran susu yang banyak.

2-Estrogen merangsang sistem saluran susu untuk berkembang dari asalnya.Tahap estrogen juga menghalang penyusuan.Ibu-ibu yang menyusu harus mengelakkan kaedah kawalan kelahiran yang berasaskan estrogen, kerana paras estrogen yang tinggi boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

3-Prolaktin menyumbang kepada pertumbuhan saiz alveoli dan duktal yang kian berkembang.Tahap prolaktin meningkatkan rintangan insulin, faktor pertumbuhan(IGF-1) dan mengubah metabolisma lipid sebagai persedian untuk menyusukan bayi.Prolaktin juga merupakan faktor besar mengekalkan struktur epitelium duktal dan mengawal selia pengeluaran susu melalui keseimbangan osmosis.

4-Hormon pertumbuhan adalah struktur yang hampir sama dengan prolaktin dan menyumbang kepada fungsi Galactopoiesis itu.

5-Apabila bayi menghisap payudara ibunya, hormon Oxytocin yang memaksa susu mengalir dari alveoli melalui saluran duktal ke dalam kelenjar susu di belakang areola dan kemudian ke dalam mulut bayi.

6-Dari bulan ke-2 kehamilan, plasenta mengeluarkan Hormon Placental Lactogen(HPL) dalam jumlah yang besar.Hormon ini muncul untuk memainkan peranan penting bagi pertumbuhan payudara, puting dan areola sebelum kelahiran.

>>>Pengaktifan Penyusuan<<<
Kolostrum adalah susu pertama yang diterima bayi daripada susu ibu.Ia mengandungi sejumlah besar sel-sel darah putih dan antibodi berbanding susu matang, dan tinggi dalam immunoglobullin A(IgA) terutamanya dimana memberikan lapisan perlindungan kepada usus bayi yang belum matang, dan membantu mencegah patogen daripada menyerang sistem bayi.Juga membantu mencegah alahan makanan.Dua minggu pertama selepas kelahiran, pengeluaran kolostrum perlahan-lahan memberikan cara untuk mematangkan susu ibu.

Beberapa penyelidikan menunjukkan, prolaktin dalam susu adalah lebih besar pada masa-masa pengeluaran susu yang lebih tinggi, dan akan menurun jika payudara penuh dan tahap tertinggi biasanya berlaku antara jam 2am hingga 6am.

>>>Kawalan Pengeluaran<<<
Hormon endokrin mengawal sistem pengeluaran susu semasa mengandung dan beberapa hari selepas kelahiran.Sistem kawalan bermula apabila terjadinya bekalan susu yang lebih mantap.

Pada peringkat ini, lebih kerap susu dikeluarkan daripada payudara, lebih banyak payudara menghasilkan susu.Penyelidikan juga menunjukkan penyaliran payudara yang terperinci juga meningkatkan kadar penghasilan susu.La Leche League mengesyorkan dengan pengambilan lecithin adalah baik untuk mengelakkan daripada saluran susu tersumbat yang boleh menyebabkan mastitis atau bengkak susu.

Aku cadangkan Lecithin Shaklee.

Justeru itu bekalan susu dipengaruhi oleh berapa kerap suapan bayi dan bagaimana dapat memindahkan susu daripada payudara. Dan ini adalah sangat perlu untuk buat teknik 'Power Pumping'. Setiap hari 1jam satu sesi sudah memadai. Sesi ini penting bagi ibu yang bekerja macam aku lah contohnya. 


 

>>Bekalan susu yang kurang sering dapat dikesan kepada:<<
1.Tidak menyusu atau mengepam dengan kerap.
2.Ketidakupayaan bayi menghisap susu dengan berkesan disebabkan oleh:-
a.rahang atau struktur mulut yang lemah
b.teknik menghisap yang salah
3.Pengambilan kalori yang tidak mencukupi atau kekurangan zat makanan ibu.

Aku cadangkan ESP (Energizing Soy Protein) dan Vita-Lea Shaklee.

ESP (Energizing Soy Protein) menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
Vita-Lea Iron Formula pulak membekalkan 28 multivitamin dan multimineral yang diperlukan tubuh badan kita terutamanya bagi ibu mengandung dan juga yang menyusukan anak.




4.Kurang pengambilan air kosong bagi menggantikan bendalir dalam badan.
Sehebat mana pun 'milk booster' adalah sia-sia jika kita kurang minum air yang mencukupi.
Mencukupi itu bukan bermakna 1 gelas sehari tapi sekurang2nya 2 liter sehari.



GALAKTAGOG - GALACTAGOGUE 'Milk Booster'

Galaktagog ataupun kita sebut sebagai 'milk booster' adalah bahan yang menggalakkan pengeluaran susu sama ada daripada bahan sintetik ataupun tumbuhan.
'Milk Booster' sintetik seperti domperidone dan metoclopramide berinteraksi dengan sistem dopamin  untuk meningkatkan pengeluaran prolaktin.


Contoh 'milk booster' sintetik - Domperidone


Herba(tumbuhan) atau makanan yang digunakan sebagai 'milk booster' mempunyai bukti saintifik yang sedikit.Namun penggunaan herba dan makanan berasaskan tumbuhan adalah lebih selamat kerana ianya bersifat semulajadi(natural).

>>Herba yang paling biasa dinamakan sebagai 'milk booster' ialah:<<

Alfalfa-Alfalfa
Rumput alfalfa adalah makanan untuk lembu tenusu bagi menghasilkan pengeluaran susu lembu yang banyak dan berkhasiat.Alfalfa sama seperti tanaman kekacang lain dimana ia mengandungi phytoestrogen.Alfalfa enak dimakan dengan sandwich ataupun boleh dibuat kerabu.
Aku cadangkan Alfalfa Complex Shaklee.

 Alfalfa Complex Shaklee menggunakan rumput alfalfa matang dimana lebih banyak nutrien yang terkandung didalam nya seperti protein, kalsium dan mineral lain seperti kumpulan vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E dan vitamin K berbanding pucuk alfalfa yang banyak jual di pasaran.

Fenugreek Seeds-Halba
Halba telah berkurun-kurun lamanya digunakan sebagai 'milk booster' dan ada penyelidikan yang telah menyokong kepercayaan kuno ini.Sesetengah doktor mengesyorkan, dengan menambah halba dalam menu harian kita akan dapat meningkatkan bekalan susu badan dalam tempoh seminggu.Halba juga kaya dengan zat besi, kalsium, vitamin dan mineral.Halba biasa digunakan didalam masakan india terutama kari sayur-sayuran.
Ada sumber mengatakan, pengambilan halba secara berlebihan boleh menyebabkan bau badan.

Fennel Seeds-Jintan Manis
Kajian mendapati jintan boleh meningkatkan bekalan susu badan.Beberapa doktor mengatakan jintan membantu mencegah kolik pada bayi.Jintan kaya dengan vitamin c juga baik untuk pencernaan.Biasa ada dalam masakan berempah.Kita sebagai umat islam biasanya menggunakan 'Habbatus Sauda' ataupun jintan hitam.

Fennel Flower-Jintan hitam
Iman Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, "Tetaplah dengan Habbatus Sauda(Jintan Hitam) kerana seseungguhnya ia penawar bagi kebanyakan penyakit kecuali tua dan mati."
Jintan hitam boleh dimakan begitu sahaja sebab rasanya seakan-akan kuaci.

Cumin Seeds-Jintan Putih
Selain meransang bekalan susu, jintan putih meningkatkan penghadaman dan melegakan sembelit, keasidan dan kembung perut.Jintan putih kaya dengan zat besi.Jintan putih juga biasa dalam masakan berempah seperti ayam goreng berempah misalnya.

Garlic-Bawang Putih
Antara banyak ciri-ciri penyembuhan, bawang putih juga dikatakan boleh meningkatkan bekalan susu ibu.Susu bawang putih adalah minuman yang popular diberikan kepada ibu-ibu yang dalam pantang dan menyusukan.Bayi juga lebih suka susu yang mengandungi bawang putih yang dimakan oleh ibunya.Bawang putih sering digunakan hampir kesemua jenis masakan.
Aku cadangkan Garlic Shaklee.

Jika ada yang sanggup makan bawang putih mentah setiap hari, memang aku salute tapi setakat ni tak ramai yang sanggup jadi Garlic Shaklee boleh membantu sebab tidak akan ada bau bawang putih yang tidak menyenangkan.Ianya bau seperti makan 'chewing gum' yang menyegarkan nafas.

>>Antara herba dan tumbuhan lain yang dikatakan boleh meningkatkan bekalan susu ibu:<<


Black Sesame-Bijan Hitam
Bijan hitam yang kaya dengan kalsium dan nutrien tembaga dipercayai boleh membantu meningkatkan bekalan susu ibu.Biasanya orang tabur bijan hitam ni atas roti naan.

Luffa Gourds-Petola
Petola adalah makanan tradisional yang sangat berkhasiat malah mudah untuk dihadam juga mampu membantu meningkatkan bekalan susu ibu.Sup petola bersama fucuk dan suhun memang sedap.

Frans Bean-Kacang Buncis
Spinach-Bayam

Asparagus-Asparagus
Kacang buncis, bayam dan asparagus adalah sayuran yang mengandungi vitamin dan mineral yang sangat bagus, juga terkandung phytoestrogen yang dipercayai boleh meningkatkan bekalan susu ibu.
Kacang buncis goreng, bayam tumis air dan asparagus goreng belacan memang menyelerakan.

Red Lentils-Kacang Dhal
Bukan sahaja untuk meningkatkan bekalan susu tapi amat tinggi zat besi dan serat.
Kuah dhal bersama roti canai, roti arab, roti paratha dan bermacam jenis masakan roti sangat mengenyangkan.

Carrot-Lobak Merah
Lobak merah telah dikenali boleh meningkatkan bekalan susu ibu.Lobak merah masak sayur campur, bubuh dalam sup ayam/daging/tulang, kuah dhal ataupun jus karot susu sedapnya.

Almond Nuts-Kacang Badam

Cashew Nuts-Kacang Gajus
Kacang badam dan gajus adalah makanan ringan yang sangat baik mudah didapati atau boleh juga dikisar bersama susu bagi melazatkan lagi susu kegemaran dan boleh menjadi minuman penambah pengeluaran susu badan ibu.Biskut raya almond london ataupun coklat inti gajus memang best.
 
Oats-Oat
Oat adalah sumber kaya dengan zat besi, kalsium dan serat, makanan yang amat popular dengan ibu-ibu yang menyusukan bayi.Selain dimasak dan dimakan seperti bubur, oat juga sudah banyak terkandung dalam snek harian seperti biskut yang amat berkhasiat.Bubur oat dengan pisang, strawberi dan blueberry, ayam goreng salut oat dan biskut oat lazatnya.

Olive Oil-Minyak Zaitun
Flaxseed Oil-Minyak Flaxseed
Sesame Oil-Minyak Bijan

Sesetengah lemak daripada minyak seperti minyak zaitun, minyak flaxseed dan minyak bijan adalah sumber lemak yang sihat.Ianya dipercayai membantu penyusuan.

Jaga mood, emosi, fikiran sebab ketenangan juga membantu menghasilkan susu yang banyak.
Doa juga jangan dilupakan.