Thursday 10 August 2017

Lego Murah

Lego murah kedai dua ringgit.

Laki aku beli lego ni sebab anak aku dah lama mintak cuma kitorang tak bagi sebab belum umur diorang nak main lego-lego ni. Sebab kecik-kecik kan bahaya kalau masuk mulut.


Alah beli lego murah tu je kat kedai 2 ringgit.
Ada macam-macam model pulak tu. Bila dah murah boleh la beli banyak model terus.


Tapi yang pasang nya aku.
Laki aku tukang beli je. Dia mana mau nya mainan yang nak kena pikir-pikir ni.
Sakit-sakit mata aku nak kena tengok satu-satu bahagian lego ni.


Atas sekali dengan gambar nombor 2 tu je aku ikut betul-betul panduan dalam kotak.
Akhir sekali yang banyak roda tu aku belasah je ikut kepala otak aku nak pasang macam mana pun.


Seronok rupanya main lego ni.
Aku suruh laki aku beli lagi lepas ni. Sebab nak kumpul banyak-banyak.

Ni semua lego di atas tadi apabila diceraikan menjadi 1 model.
Yang kat atas tu gabung dua model menjadi 1 model.


Model merah ni muka tak ada.
Sebab anak aku main pegang-pegang lalu dakwat bentuk muka pun hilang.


Putih ni pun sama jugak.
Dah macam apa aku nengok nya tak ada muka macam tu.


Setakat ni, model biru paling hensem.
Pun ada bahagian yang hilang jugak tu. Visor helmet hilang. 


Ya Allah ni pun sama jugak.
Mambang kuning ni agaknya kata bujang lapok.


Okay mintak maaf la pelumba tak cukup sifat dah sampai.
Ni kes anak aku la ni nak bukak pasang sendiri. Tak memasal banyak bahagian hilang.


Sorang lagi pemandu tak cukup sifat sampai.
Kereta dia pun ada bahagian yang hilang jugak ni tapi aku belasah je.
Asalkan boleh pasang.


Tapi bila pergi kedai dua ringgit tu balik nak beli lagi...
dah habis......

Alaaaaaahaiii....