Sunday 4 August 2013

Pil Perancang Regulon

Semua orang tahu pasal contraceptive pills kan?
Tapi jenis apakah yang sesuai dengan korang?

Bagi aku lepas check up anak bulan pertama terus ambil Perancang Kandungan sebab memandangkan aku kan czer jadi terpaksa rela ambil CP ni demi nak menjarakkan kandungan seterusnya supaya luka bersalin aku dapat sembuh sepenuhnya.

Insyaallah..Amiin.


Regulon ni adalah cadangan dari Klinik Desa yang aku selalu check up.
Dan Alhamdulillah terus serasi dengan CP ni.

Sebab apa, ramai orang yang badan nya amat sensitif dengan CP sampai boleh mengganggu kestabilan hormon hingga boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kenaikan berat badan.

Aku paling takut kalau naik berat lagi sebab dah la memang berkilo berat lemak, tu belum berat dosa lagi. Ya Allahuakbar ampun kan lah dosa hambaMu ini.

Sejak anak aku masuk je 7 bulan aku buat keputusan nak berhenti ambil CP ni.
Kenapa?..Untuk pengetahuan korang aku ni jenis yang susah nak conceive, ye la mane tak nya anak aku tu hampir 4 tahun baru dapat. Itu pun tak guna apa-apa produk pun sebab rezeki Allah yang tentukan.

Sekarang ni anak aku dah 9 bulan nak masuk 10 bulan dan alhamdulillah masih period macam biasa.

Tapi lepas berhenti tu takut jugak kalau mengandung lagi sebab mengenangkan luka bersalin aku tu kan dan takut kalau kene c-zer lagi sebab mengikut pengalaman mereka yang dah beranak ramai ni, anak kedua ialah penentu cara bersalin untuk anak seterusnya.

Tapi sekarang aku bertukar kepada Herba Maharani, untuk perancang kandungann boleh nak conceive pun boleh tapi atas izin Allah Ta'ala sebab rezeki kan di tangan Nya.


Sambil merancang sambil sihat nanti bila badan dah sihat dah sedia boleh la nak conceive, sekali lagi atas izinNya okay. Ini bukan aku jamin 100% tau sebab aku bukan Tuhan.

Setiap apa pun yang kita rancang mestilah Tuhan yang tentukan kan.

Aku nak rancang secara sihat sebab tak nak ada kesan sampingan panjang pada badan.
Badan nak pakai lama kata orang. Seperti sedia maklum kan banyak bahan-bahan kimia yang tak bagus untuk badan jika kita amalkan terlalu banyak dan lama.

Jadi dengan mengamalkan Herba Maharani ni aku rasa selamat sebab herba dan sudah tentu mengandungi bahan organik. Walaupun ada sumber haiwan iaitu ayam selasih tapi halal jangan risau ya.

Halal yang diiktiraf oleh Jakim juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (lihat pada kotak ada register number KKM).

>>>Semoga Berhasil dan Selamat Mencuba<<<