Sunday 7 April 2013

Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Assalamualaikum.

Dipagi yang mulia nan indah ni terimbas kembali semasa melahirkan anak sulungku.
Is just to share my experience to all for information of cesarean giving birth.

(Ampun maaf kepada doctor and nurse yg terbaca blog ni sebab bukan nak memburukkan sesiapa just nak share pengalaman sendiri but still thanks a lot to them honestly.)

Pada tarikh 08/10/12 aku pergi ke dewan bersalin untuk check baby sebab movement charts baby kurang memuaskan. Selalunya baby sangat aktif masuk tengah hari je dah cukup 10 pergerakan.

Tapi kali ni tidak dah pukul 12:00pm pun masih belum cukup even 5 gerakan pun tapi pada masa tu boleh tak aku buat tak tahu je kan (tapi dalam hati risau jugak sebenarnya) maklum lah belum ada pengalaman bersalin dan mak la bising suruh pegi hospital untuk periksa takut jadi apa-apa.

Mak cakap "pegi je la bukan kene bayar pun, kalau takde pape ok la tu, lebih baik check kita bukan nye doktor".

Okay mak!(dah kene bebel kan).
Aku pun pegi la dengan malas nya dengan laki aku.

Sebab apa malas tau, it's a same prosedure la,
First prosedure mesti CTG.

CARDIOTOCOGRAPHY - CTG

Lepas dah baring atas katil yg tak selesa tu with ikat2 perut dengan benda alah CTG tu,
Second prosedure pulak is VE

 if nothing on cases boleh discharge. Tang nak discharge yang lama tu.

Sampai hospital je biasa lerr register dulu, pastu tunggu giliran untuk CTG, pastu tunggu lagi untuk VE pulak tapi haritu bukan hari yang biasa masa tu.

Doctor suruh admitted!!..whoa sounds scary kot..haha chill!..
Admit je pun for better consultation i guess.

Lagipun aku dah pun masuk 39weeks pregnant.
Dah boleh bersalin dah pun.

Yeay!..warded finally, suka ye.
Mane tak suke nye dah tak larat nak bawak perut yang dah sarat tu ke hulu ke hilir pegi keje lagi.
Owh sooooo malas and tak larat!!!

Doctor pun masukkan needle drip kat tangan (sangat sakit okay).

GAMBAR CONTOH

Lepas tu nurse or doctor yang pakaikan wristband hospital after that tunggu lagi untuk di tolak ke atas menggunakan kerusi roda.

Dah naik ward nurse daftarkan nama dekat kaunter ward pastu tinggal laaaa kat ward dengan ibu-ibu yang lain tunggu time nak bersalin dan ada juga kes lain seperti uri ke bawah.

Masa tu ward 6B rasanya katil berapa tak ingat dah.
Masa naik tu dah malam jadi sesi berkenalan dengan patient lain terbantut..hehehe..

Dalam ward special ni setiap 4 jam akan dipantau oleh staff nurse sometimes practical student untuk buat CTG, ambik bacaan blood pressure dan beberapa soalan yg lain seperti movement baby dan contraction.

Malam tu jugak ade rase contraction (perut mengeras sampai tak selesa) sikit, lepas tu doktor datang buat VE and good news is dah bukak 2cm tau.

Masa tu terfikir ape tau, owh macam tu rupanye contraction.
Boleh!!

Hari ni 09/10/12 dan sebelum pukul 8:00am kene bangun sebab nurse akan datang untuk kemas cadar or tukar bed sheet kalau kotor (baikkan mereka).

Pukul 8:30am ke 9:00am breakfast sampai.
Lepas tu dalam pukul 10:00am lebih doktor with specialist akan datang check dan record.

Tengah hari time melawat laki aku datang melawat.
Lepas habis waktu aku pun rehat la.

And then ade contraction lagi kali ni kuat sikit dari malam tadi and doctor buat VE lagi dan hasil nya doctor cakap "patutlah sakit dah bukak 3cm dah". Good news lagi tu.

Berharap sangat nak bersalin normal.
Pastu doctor suruh nurse bawak turun ke labor room dan aku dapat tahu yg doctor nak pecahkan ketuban (amniotomy) sebab nak cepatkan bukaan pintu rahim tu.

Sebelum turun nurse suruh pam enema ke dalam lubang dubur untuk paksa najis keluar untuk kosongkan usus sebab bila perut penuh baby susah nak bergerak ke bawah dan contraction susah nak berlaku.

ENEMA

Lepas je pam masuk tak sampai 5 minit perut memulas-mulas mintak buang macam makan ubat julap rasenye. Jadi segala-galanya keluar maka kosong la usus. Perut dah kosong kan suruh puasa pulak lagi.

Lapar la jawabnye. Ibu mengandung berlapar kot can you imagine!!!

Takpe la bukan lame pun at the same time selera pun dah terbantut sebab tak sabar nak keluarkan si kecik ni.

Pukul 8:00pm aku kat dalam labor room, baring atas katil khas yg ditinggikan sebab tak nak bagi turun kan, drip air, masuk ubat dalam drip tu and doctor pun ready for amniotomy (pecahkan ketuban). Pergh ingatkan sakit sangat la kan sakit sikit je berbanding buat VE tu.

Lepas doctor pecahkan ketuban keluar laa air ketuban tu sikit.
Selang beberapa minit terasa nak kencing sangat tapi tak boleh tahan, time tu teringat pesanan mak kalau terasa nak kencing tapi tak boleh tahan tu tandanya nak pecah ketuban.

Sekali 'bushhhhh' Okay air ketuban keluar lagi dengan banyak nya sampai banjir labor room.
Bukan la banjir cuma banyak sangat kat lantai sampai nurse tegur dan terpaksa lap lantai.

Part paling dibenci ialah pam kencing.
Huarrghhh sakit betolll laaaaaaa...tak suke tak suke tak suke!!!!...
Untuk ape tau untuk kosong kan pundi kencing supaya ada contraction.

Cara nya ialah dengan memasukkan tiub getah ke dalam lubang kencing kita yang kecil tu.

Prosedur ini amat memedihkan dan menyakitkan.
Sangat tak tahan sebab selang beberapa jam kencing akan di pam.

Can you imangine dari pukul 8:00pm sampai 4:00am tau.
Setiap kali kene pam setiap kali tu lah nangis sebab sakit sampaikan yang last sekali nak pam aku termarah doktor cakap tak nak pam kencing sebab tak tahan sakit sangaaaaat.

Sebelum itu nurse ade bagi injection untuk cipta contraction rasanya tapi ubat tu mengantuk, disebabkan contraction main cak-cak kejap ada kejap takde maka tertidur la sebab kesan ubat yg dienjet kat montot tu.

Bacaan CTG tak cantik ada doktor suggest suruh kejutkan baby, ingat kan goncang perut rupanya macam buat VE tapi jari dilanjutkan masuk ke dalam rahim untuk sentuh kepala baby.
Sakit memang sakit. Sabar je la banyak-banyak masa tu.

Dah pukul 4:00am dan masih 3cm dari masa masuk labor room tu.
Doktor bagi tahu yang aku terpaksa emergency cesarean sebab air ketuban dah habis dan tak boleh tunggu lagi takut baby lemas.

Nurse pun panggil laki aku untuk sign black n white for operation.
Harapan untuk bersalin normal terkubur (menangis dalam hati).

Lepas dah mintak maaf kat laki aku, nurse mulakan preparation for operation, tiub getah dimasukkan ke dalam lubang kencing untuk urine catherer, baju diganti dengan baju operation, kepala dipakaikan hair cover, dan dipindahkan ke katil lain.

Aku dibawa naik ke tingkat 3 untuk ke operation theatre tapi sebelum operation kene jumpe doktor pakar bius dulu. Doktor bagi pilihan untuk bius penuh (tidur) atau bius separuh tapi sebab masa tu aku batuk tak dapat pilih bius penuh sebab takut ade infection kat paru-paru masa masukkan tiub nanti.

Doktor pakar tu bagi tahu procedure masa nak bius dengar nya macam sakit sangat tapi rupanya tak la sesakit mana macam kene enjet biasa je (bagi aku laaa) masa tu.

Doctor ade bagi tahu jugak kalau bius ni tak berjaya (sebab badan besar) maka aku akan ditidurkan tapi alhamdulillah pembiusan tu berjaya dengan jaya nya.

Dan selepas di bius maka kebas la dari hujung kaki sampai ke pinggang dan sumpah amat tak selesa plus badan aku menggigil kesejukan. Dah la baju tutup macam tu je operation theatre punya aircond tak nak kalah macam kat dalam cinema la pulak, sejuk giler sampaikan pemanas yang ada kat atas badan pun tak terasa.

Berselirat la wayar sana tiub sini, kain entah berapa banyak guna untuk tutup badan.
Dalam kepala ni hanya terbayang macam mana lah perut kene belah kan. Takutnyeeeeee!!

Tapi mulut tak henti-henti berzikir untuk memohon pada Allah Taala supaya semua nya selamat dan jugak untuk hilangkan perasaan takut. Badan memang bergegar-gegar sebab kesejukan yang teramat sangat disebabkan pembedahan sebenarnya.

GAMBAR CONTOH

Entah masa bila pembedahan mula pun tak tahu sebab aku hanya dapat rasa doktor asyik tekan-tekan perut, tau-tau je aku nampak baby dah keluar dan doktor bawak ke bilik lain untuk disedut lendir dalam hidung dan dibersihkan, aku agak-agak sendiri je.

Masa tu jugak aku terpandang jam tepat pukul 6:00am, so pada tarikh 10/10/12 pukul 6:00am lah baby lahir. Selang beberapa minit doktor datang bawak baby dan tunjukkan pada aku dan suruh sebut jantina baby sampai 2 kali untuk kepastian sendiri dan untuk bukti dan saksi yang baby aku ialah lelaki.

Lepas dapat cium baby 2 kali baby yang dah ditagkan kaki nya dibawa turun ke nursery untuk diazankan oleh laki aku. Tinggal aku je tak settle lagi lame sangat doktor nak jahit sebab aku hilang darah hampir 2 bag darah dan kesejukan yang melampau tu macam menggigit-gigit kulit.

Lepas dah siap aku ditempatkan ke bahagian lain untuk dipantau oksigen dalam badan, tekanan darah, dan diselimutkan dengan selimut panas. Pada masa tu aku mintak untuk tidur sebab mengantuk sangat sebab semalaman tak tido.

Elok-elok mata nak lelap hidung dengan muka gatal sangat.
Kacau laaaaa.

Mungkin kesan bius tu.
Orang lain kesan nye muntah-muntah tapi aku lain pulak gatal-gatal muka dan hidung.

Selepas pemantauan selesai baru lah aku dinaikkan ke ward semula.
Masa tu baby kat bawah lagi dan aku siap tanya nurse mane baby dan nurse kata tengah check kat bawah dulu baru boleh naik.

Sebelum waktu visit macam tu baru dapat jumpa baby.
Bila tengok muka anak yang suci hilang sakit perit bersalin tadi.

Aku tak di induce sebab nye beforedue.
Sepatutnya due date 14/10/12 tapi sebab emergency so keluarlah baby pada 10/10/12 hari tu.

Induce untuk yg overdue saja.
Bagi sesiapa yang pilih untuk bersalin secara c-section ni fikir lah betul-betul sebab nye sangat susah nak jaga jahitan luar dan dalam.

Aku terpaksa merancang keluarga untuk mengandung lagi bagi mengelakkan di czer lagi tapi semua nya aturan Allah Taala siapa kita nak menidakkan. Aturan Allah Taala adalah aturan yang paling sempurna.

Alhamdulillah semua nya selamat atas kehendak-Nya.