Friday 26 September 2014

Haruan Si Penyembuh Luka

Bismillahirahmanirahim


Contoh

Assalamualaikum

Semua orang tahu akan rupa ikan haruan. Ikan haruan ini elok dimakan malah enak juga rasanya jika dimasak dengan masakan tertentu dan juga ikan ini amat berkhasiat.

Ikan haruan dikatakan baik dalam penyembuhan sebarang jenis luka termasuklah luka bersalin sama ada bersalin secara normal mahupun secara pembedahan (cesarean).

Tapi sebenarnya ada segelintir kita tidak suka dengan ikan haruan ini disebabkan bau hanyir ikan ini yang menyebabkan ada beberapa orang tidak menyukainya.

Oleh sebab itu ramai orang yang pernah menjalani pembedahan mengambil langkah seperti minum air pati haruan. Tapi rasa pati ini pun bukan lah sesedap air soya.hihi.

Sebenarnya dah banyak jenis banyak jenama pati ikan haruan dekat pasaran sekarang ni.
Cuma sebagai muslimin dan muslimat eloklah jika kita memilih produk yang terjamin halal nya.

Mencari yang halal itu fardhu kan.
Ternyata pati ikan haruan ini banyak juga khasiat termasuk penyembuhan sebarang jenis luka.

Disini aku bukan nak burukkan mana-mana produk cuma nak terangkan kesesuaian produk itu terhadap kita sahaja.

Di sebabkan aku takut nak makan pati haruan atas nasihat seorang jururawat semasa di hospital aku hanya makan ikan haruan yang dimasak sahaja sebab aku pun takda masalah nak makan ikan haruan walaupun orang cakap hanyir dan sebagainya.

Aku juga ada makan jeli gamat.
Ini adalah jeli gamat yang aku makan selepas bersalin semasa melahirkan anak yang pertama.

Kita balik kepada isu yang seorang jururawat menasihatkan supaya jangan makan pati haruan tapi makan ikan haruan yang original sahaja.

Ceritanya begini ada seorang wanita bersalin secara cesarean dan semasa doktor ingin membedah, rahim nya telah melekat dengan usus perut nya antara satu sama lain.

Daging perutnya juga sangat pejal.
Dan ini menyukarkan doktor yang ingin mengeluarkan bayi itu kerana terdapat banyak pendarahan telah berlaku.

Kemudian para doktor membuat kajian, didapati wanita tersebut telah memakan pati haruan bertujuan untuk menyembuhkan luka pembedahannya yang lalu dengan cepat.

Jadi apabila dia mengandung lagi dan terpaksa melalui pembedahan lagi terjadilah dimana rahim yang luka itu melekat pada ususnya.

Pada pandangan aku, pati haruan amat sesuai bagi mereka yang mempunyai sebarang jenis luka termasuk lah luka pembedahan tapi pastikan luka tersebut tidak akan dibedah semula pada tempat yang sama macam bersalin cesarean contohnya.

Jika seseorang wanita bersalin secara cesarean anak pertama, tidak digalakkan minum pati haruan sebab kemungkinan dia akan bersalin seterusnya melalui cesarean juga tapi jika wanita itu melahirkan anak yang seterusnya dan kali ketiga cesarean doktor akan menasihati wanita itu supaya 'mengikat' terus bagi mengelakkan wanita itu mengandung lagi kerana pembedahan yang kerap boleh membahayakan nyawa si ibu dan yang ini barulah sesuai untuk makan pati haruan.

Aku cuma mengikut pandangan orang yang berpengalaman sahaja sebab ada seorang kawan aku pun cerita hal yang sama tapi terjadi pada dirinya sendiri. Kawan aku makan pati haruan dan juga geli gamat juga ikan haruan yang dimasak.

Samaada disebabkan geli gamat atau pati haruan aku dah pun cerita tadi aku ada makan jeli gamat dan ikan haruan tapi aku takda masalah semasa pembedahan macam kawan aku.

Aku ada cadangan kepada mereka yang bersalin secara cesarean itu makan Zinc Complex Shaklee untuk penyembuhan sebarang jenis luka termasuk luka pembedahan.

Zinc adalah logam. Ia dipanggil "unsur surih yang penting" kerana jumlah yang sangat kecil diperlukan untuk kesihatan manusia. Zinc digunakan untuk rawatan dan pencegahan.

Kekurangan zinc boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, cirit-birit kepada kanak-kanak dan penyembuhan luka yang lambat.

Ia juga digunakan untuk meningkatkan sistem imun, merawat jangkitan telinga berulang, sejuk-sejuk, mencegah jangkitan pernafasan, malah ada juga yang menggunakan nya untuk malaria dan penyakit lain disebabkan oleh parasit.

Selain itu ada juga menggunakan zinc untuk penyakit mata, rabun malam dan katarak, asma, diabetes, tekanan darah tinggi, dan keadaan kulit seperti psoriasis, ekzema dan jerawat. Ia juga membantu meningkatkan fungsi seks lelaki, tulang lemah dan kejang otot.

Zinc juga bertindak seperti ikan haruan iaitu berupaya menyembuhkan luka dengan cepat.

Jadi bagi sesiapa yang tidak suka makan ikan haruan sebab hanyir, pati haruan yang rasanya tidak sesedap air soya boleh lah mencuba Zinc Complex Shaklee.

Lagipun harganya berpatutan dijamin halal dan ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Thursday 25 September 2014

C-zer Lagi..???

Bismillahirrahmanirrahim

 

Assalamualaikum
Rindu pulak nak menulis blog kembali.

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan anak kedua pada hari Isnin 21 Julai yang lalu pada jam 12:52 tengahari.Bayi seberat 4.14kg yang dilahirkan secara cesarean itu telah pun diberi nama Muhammad Ikhwan Rasul.

Cesarean lagi???
Ya. Kerana tidak mendapat keizinan Allah Ta'ala untuk melahirkan menggunakan kudrat tubuh badan ku sendiri. Pada hari Ahad 20 Julai aku telah pun 'Warded' di Hospital Sungai Buloh.

Secara jujurnya sedih hiba hati aku bila doktor mengesahkan yang aku tidak boleh melahirkan secara normal kerana anggaran berat anak didalam kandungan sudah pun mencecah 3.8kg pada 37 minggu kandungan.

Dan apabila ditanya doktor menerangkan disebabkan aku mempunyai kencing manis semasa mengandung dan mempunyai 'previous scar' iaitu luka pembedahan yang lalu.

Doktor juga ada memberitahu risiko jika aku ingin mencuba kelahiran secara normal iaitu rahim pecah disebabkan oleh luka bersalin yang lalu dan juga risiko bahu bayi boleh tersangkut pada tulang pelvis akibat saiz bayi kerana anggaran berat bayi jika ibu yang mengalami kencing manis semasa mengandung boleh mencecah 4.0kg.

Balik dari hospital sebelum dimasukkan ke hospital pada hari yang ditetapkan aku menangis semahu-mahunya sampai tersedu-sedan walaupun dipujuk oleh suami kerana takut akan pembedahan yang akan dijalankan kelak.

Takut akan keadaan bilik pembedahan, takut akan prosedur pembedahan sebab aku pernah mengalaminya sebelum ini.Dan sebab itu lah aku semahu-mahunya ingin mencuba bersalin secara normal tapi aku tak berdaya.

Jadi tolonglah jangan tanya kenapa aku tidak bersalin secara normal kerana soalan itu aku anggap soalan mempertikaikan kekuasaan Allah swt.

Luluh hati aku sebab aku takkan dapat merasa walau sekali pun bersalin secara normal kerana aku sudah pun 2 kali bersalin cesarean. Apakan daya sebab kuasa dan pilihan bukan ditangan aku tetapi demi anak tersayang aku relakan perut ku dibelah kembali untuk mengeluarkan hamba Allah swt dan juga umat Nabi Muhammad saw.

Semasa di dalam bilik pembedahan, aku telah diminta mengenal pasti tandatangan yang telah aku turunkan pada surat kebenaran pembedahan dan surat permindahan darah sebelum aku masuk ke dalam bilik pembedahan lagi.

Selepas itu tulang belakang aku di cucuk dengan suntikan ubat bius sebanyak 3 kali sebab 'mereka' tak dapat cari saraf tunjang aku. Sumpah demi Allah suntikan kali ketiga amat menyakitkan sehingga aku menangis agak kuat dan Alhamdulillah ia berhasil walaupun sakit yang teramat sangat.

Dan pada kali ini aku boleh rasa perut aku 'terbuka' semasa dibelah sebelum mengeluarkan bayi.Aku juga boleh rasa semasa bayi dikeluarkan sebab aku rasa seperti perut aku sedikit tertarik ke atas.

Selepas pembedahan berjaya, seperti biasa tidak boleh bangun dari perbaringan, tidak boleh berbantal, tidak boleh makan dan minum selama 6 jam.

Dan selepas itu barulah boleh cuba bangun dari baring perlahan-lahan sehingga boleh duduk tegak tanpa pitam. Hanya boleh minum sedikit demi sedikit. Makan selepas lebih 8 jam jika berkemampuan.

Pada esok pagi nya tiub kencing yang dipasang sebelum pembedahan itu dicabut kembali oleh jururawat bertugas dan aku diminta untuk ke tandas dengan sendirinya jika berupaya tanpa perlu dipapah.

Dan selepas itu bermula lah 'kerja' aku di wad seperti menyusukan anak, ke tandas seorang diri, tukar pakaian, pad, seluar dalam dan semuanya dengan sendiri kerana aku tidak dibenarkan duduk dan baring terlalu lama walaupun pergerakan terbatas sebab kesakitan yang amat sangat sebab luka pembedahan bagi tujuan mengelakkan pembekuan darah akibat penggunaan ubat bius.

Aku tak tahu kenapa sepanjang berada di dalam wad, pola sakit tempat jahitan aku semakin menaik. Boleh dikatakan aku kerap juga mintak ubat tahan sakit.

Semasa menyusukan anak juga menyebabkan kesakitan dalam perut yang amat dasyat.
Pada fikiran aku mungkin rahim sedang mengecut sebab apabila menyusukan bayi secara fitrah nya rahim kita akan mengecut untuk kembali ke saiz yang asalnya.

Dan sebab itulah kita amat-amat digalakkan menyusukan anak (susu badan) semasa dihospital selepas bersalin.

Dan sepanjang 4 hari selepas bersalin aku berada dihospital sebanyak 7 suntikan pada bahu kiri dan kanan berselang seli telah aku dapat iaitu suntikan pencair darah bagi mengelakkan darah beku.

Jika ada darah beku dalam darah ia boleh menyumbat saluran darah ke jantung ataupun ke otak seterusnya boleh membawa maut. Tapi selepas sudah dibenarkan pulang ke rumah aku di arahkan supaya pergi ke mana-mana klinik untuk menghabiskan 7 lagi suntikan pencair darah.

Jumlah semua adalah 14 suntikan wajib mesti aku habiskan. Bengkak bengkik bahu aku lepas kene suntik. Hanya yang pernah mengalami sahaja faham dan tahu akan kesakitan aku.

Akhir kata semua yang berlaku adalah kehendak-Nya.
Wallahualam.